Siapa kami

Laman ini (ultrafellow.com) dikendalikan sebagai rakan affiliate kepada program K-Method milik Khairi Ariff. Kami bukan pemilik produk tersebut. Kami menerima komisen untuk setiap pembelian yang dibuat melalui pautan di laman ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang dasar ini atau tentang data anda, emel support@ultrafellow.com.

Apa yang kami kumpul

Kami tidak meminta nama, emel atau nombor telefon anda secara terus di laman ini. Apa yang dikumpul adalah data penggunaan dan pengiklanan:

Alat pihak ketiga yang kami gunakan

Jika kami menghantar emel atau nombor telefon kepada Meta, ia di-hash dengan SHA-256 di pelayan kami terlebih dahulu. Nilai asal tidak pernah dihantar keluar.

Borang pendaftaran

Di halaman tertentu, kami memaparkan borang pendaftaran yang dikendalikan oleh pihak ketiga (BCL) di dalam iframe. Nama dan emel yang anda isi di situ dihantar terus kepada mereka — laman ini tidak boleh membaca isi borang tersebut, kerana ia berada pada domain yang berlainan.

Pembelian

Semua pembayaran berlaku di aff.tunkhairi.com, bukan di laman ini. Kami tidak menerima, memproses atau menyimpan sebarang maklumat kad atau pembayaran. Data yang anda berikan di halaman pembayaran tertakluk kepada dasar privasi pemilik produk, bukan dasar ini.

Penyimpanan dalam pelayar anda

Kami menyimpan parameter kempen (aff_ref, aff_subid, aff_subid2, aff_utm, aff_fbclid) dalam sessionStorage pelayar anda, supaya maklumat iklan tidak hilang apabila anda berpindah halaman. Ia dipadam apabila anda menutup tab. Alat pihak ketiga di atas turut menetapkan cookie mereka sendiri.

Berapa lama data disimpan

Kami tidak menyimpan pangkalan data pelawat kami sendiri. Tempoh penyimpanan ditentukan oleh penyedia alat di atas mengikut dasar masing-masing.

Hak anda

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), anda berhak meminta akses kepada data peribadi anda, meminta pembetulan, dan menarik balik persetujuan. Emel support@ultrafellow.com dan kami akan membalas dalam masa yang munasabah.

Anda juga boleh menyekat pengumpulan ini sendiri: matikan iklan dipersonalisasi dalam tetapan Facebook atau TikTok anda, gunakan penyekat iklan, atau layari dalam mod peribadi.

Perubahan

Jika dasar ini dikemas kini, tarikh di atas akan berubah.

← Kembali